Tuesday, October 27, 2009

Latar Belakang

Slide 2
LATARBELAKANG SEKOLAH
Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1994 ini adalah sebuah sekolah gred A, yang terletak di kawasan perumahan Taman Ria, Sungai Petani, Kedah. Ianya dibangunkan di atas keluasan tanah7.7 ekar dan dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar. Selain daripada Taman Ria, ianya dikelilingi taman perumahan lain serta pembangunan bandar Sungai Petani seperti Taman Ria Jaya, Perumahan Paya Nahu, Taman Peruda, Lagenda Height, Bandar Aman Jaya dan lain-lain.
Oleh kerana terletak di dalam bandar Sungai Petani, sekolah ini berhampiran dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah, Institut Kemahiran Mara, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, dan lain-lain jabatan kerajaan dan swasta serta gedung perniagaan dan hotel.
Meskipun dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar, tetapi latar belakang keluarga murid masih lagi bercampur antara 10 peratus golongan elit, 60 peratus pertengahan dan 30peratus golongan biasa. Namun demikian, pecahan bangsa murid daripada 1807 orang murid hanya terdapat 4.5 peratus sahaja berbangsa India dan selebihnya Melayu.
Dilihat kepada pencapaian dalam akademik khususnya peperiksaan awam UPSR, SK Taman Ria menunjukkan peningkatan yang baik dari awal penubuhannya. Bermula dengan hanya kelulusan 32.90peratus pada tahun 1995, meningkat hampir 100% menjelang tahun 2000 iaitu 62.3 peratus. Pada tahun 2005, sekolah ini telah mencatat sejarah, apabila mencapai peratus kelulusan paling tinggi iaitu 73.89 peratus.
Dalam bidang kokurikulum juga SK Taman Ria mencatat nama diperingkat daerah dan negeri sebagai sekolah yang baik khususnya dalam permainan Bola Sepak, Ten Pin Bowling dan Golf dan lain-lain

No comments:

Post a Comment



Aktiviti-aktiviti

Bulan April:

14/4/2010 : Hari sukan dan olahraga SKTR

CUTI-CUTI

1.